Aku seorang insan yang lemah.Penuh dengan nafsu.
Keinginan yang begitu banyak, sehingga menyebabkan aku menjadi begini.
Aku tidak boleh menyalahkan sesiapapun.
Aku penyebab semua ini.
Tetapi, kadangkala, aku tidak boleh larikan diri dari semua ini.
Hanya Tuhan saja yang tahu keinginan aku yang sebenarnya.
Hanya Dia yang mendengar tangisanku meminta ampun kepadanya.
Walaupun, ada beberapa insan yang lain menghina aku kerana kekurangan yang ada pada diriku ini, aku hanya boleh berdoa kepada yang Maha Ehsa supaya menenangkan hatiku ini.
Aku, dengan rela hati menerima ini semua dariNya.
Aku tahu ini semua cobaan dari Tuhan.
Aku tidak boleh melarikan diri dari ini semua.
Aku tidak ingin menjdai seperti insan yang lain, semakin tua, semakin banyak dosanya.
Aku tidak mahu menjadi begitu.
Tetapi, aku memang manusia yang amat lemah.
Walau bagaimanapun, aku tetap bersyukur kerana ada keluarga, sahabat handai dan juga kekasih hatiku yang sering membimbingku dan memberiku sokongan padu.
Aku amat berterima kasih kepada mereka.
Aku juga tidak akan lupa kepada Nya.
Dia tahu segala-galanya yang berlaku didalam hidupku.
Biarlah ia menjadi satu rahsia diantara aku dan Nya.
♥